RPH



CONTOH RANCANGAN HARIAN KSSR


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan Kelas    :     Matematik Tahun Satu Damai
Tema / Tajuk                        :     Nombor Bulat Hingga 100
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan kuantiti secara
a.   Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
b.   Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
c.   Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
·         Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit.
o   Di luar bilik darjah
o   Objek yang disediakan
o   Kad gambar.
·         Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan saiz.
·         Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan memadan.
·         Alam sekitar (pokok bunga).

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek sekeliling sekolah. Lembaran kerja.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.







RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan Kelas    :     Matematik
Tema / Tajuk                        :     Tambah
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     2.1 (i), (ii) dan (iii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a.   Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.
b.   Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi
c.   Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Perdana
·         Perbincangan mengenai:
o   Dua kumpulan objek
o   Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan
o   Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.
·         Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya.
·         Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek.

Murid LINUS (Numerasi)
·         Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
o   Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
o   Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o   Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
·         Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya.
·         Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu kumpulan objek)
·         Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran  :
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan