Mukadimah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21
Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Elemen kreatif, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran.
Matlamat
Matlamat Kurikulum
Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran matematik adalah untuk membina
pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas mengira, memahami idea
matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
Bidang
Pembelajaran
Kandungan matematik dirangkumkan mengikut empat bidang
pembelajaran iaitu:
Nombor dan Operasi
Sukatan dan Geometri
Perkaitan dan Algebra
Statistik dan kebarangkalian
Nombor & Operasi
|
Sukatan & Geometri
|
Perkaitan & Algebra
|
Statistik & Kebarangkalian
|
Nombor
Bulat
Penambahan
Penolakan
Pendaraban
Pembahagian
Operasi
Bergabung
Pecahan
Perpuluhan
Wang
|
Masa
& Waktu
Ukuran
panjang
Timbangan
Isipadu
Cecair
Bentuk
Tiga Dimensi
Bentuk
Dua Dimensi
|
Bagi
peringkat KSSR, tiada kandungan secara tajuk yang disenaraika. Ianya lebih
berupa unsur secara tidak langsung
|
Perwakilan
Data
Purata
Peratus
|
Sikap dan Nilai
Penerapan nilai dan sikap dalam kurikulum
Matematik bertujuan melahirkan insan berketerampilan dan memiliki akhlak yang
mulia. Nilai dan sikap terbentuk melalui pengalaman pembelajaran yang
disediakan guru. Ia melibatkan kepercayaan, minat dan penghargaan, keyakinan,
kecekapan dan ketabahan. Pembentukan nilai dan sikap meliputi aspek peribadi,
interaksi, prosuderal dan instrinsik.
Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran
Kurikulum Standard Matematik Sekolah
Rendah digubal dengan memberi penekanan kepada Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Ia dipersembahkan
dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada tajuk-tajuk berdasarkan bilangan
pembelajaran.Standard Kandungan
Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan ) dan efektif ( sikap dan nilai ) yang boleh dicapai oleh murid dalam satu subtopik.
Standard Pembelajaran
Ia tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang diberikan kepada guru menggunakan kreatifiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam matematik.
Kreatif dan Inovasi.
Keusahawanan Dalam Matematik
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Penilaian
Penilaian merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dirancang dan berjalan secara berterusan sebagai sebahagian aktiviti bilik darjah. Murid dinilai dalam pelbagai bentuk termasuk kerja lisan, bertulis dan tunjuk cara. Selain itu ia boleh dijalankan dalam bentuk temuduga, soalan terbuka, pemerhatian dan kajian. Keputusan yang diperolehi dapat membantu guru dalam memperbaiki kelemahan dan kemahiran pengajaran guru. Guru juga dapat menlajankan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan keupayaan murid.
SUKATAN DAN GEOMATRI
Dalam matematik kemahiran yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam
kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan membina, mengendali dan
mentafsir data, manipulasi arimetk,manipulasi algebra, menggunakan algoritma
dan menggunakan alat matematik dan TMK.
Sukatan dan Geometri memerlukan murid berkemahiran dalam pelbagai aspek
seperti kemahiran matematik iaitu menggunakan matematik untuk memperlihalkan
dunia fizikal. Selain itu kemahiran
membuat kaitan juga diperlukan agar murid dapat mengenali bagaimana konsep atau
kemahiran dalam bidang yang berbeza berhubung kait antara satu sama lain.
Matematik dilihat dan dipelajari sebagai satu displin ilmu yang menyeluruh
serta lebih mudah difahami apa lagi jika dikaitkan dengan pengalaman seharian
di dalam dan luar bilik darjah.
Bentuk Tiga Dimensi
Bentuk Tiga Dimensi merupakan salah satu subtopik yang terdapat dalam bidang Sukatan dan
Geometri. Dalam tajuk Bentuk Tiga Dimensi tahun 2 terdapat beberapa kemahiran
yang perlu harus diketahui dan dipelajari oleh murid iaitu mengenal pasti
bentuk tiga dimensi (3D) dan mengenlpasti bentangan tiga dimensi.
Contoh :
PELAN PENGAJARAN
(RPH) MAKROPENGAJARAN
Tarikh: 16.10.2012
Kelas: 2
Excellent
Bidang: Sukatan dan
Geometri
Tajuk: Ruang
Standard
Kandungan: Murid di bimbing
untuk:
13.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)
Standard
Pembelajaran: Murid berupaya
untuk:
1. Mengenal pasti bentuk tiga dimensi
berdasarkan huraian.
2. Murid dapat menyatakan nama bentuk-bentuk
tiga dimensi.
3. Murid dapat menyebut dan menyenaraikan
ciri-ciri bentuk
tiga dimensi.
Masa: 30 minit
Bilangan
Murid: 26 orang
Langkah/Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
1. Persediaan
Pemerhatian dan analisis
( 5 minit )
|
Nama bentuk 3D dan jenis
permukaan dan sisi
|
Bacaan Doa memulakan pengajaran dan
pembelajaran
a. Guru
arahkan murid tunjukkan permukaan
atas, tepi dan bucu meja mereka.
c.
Minta murid berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
|
Bacaan Doa memulakan pengajaran dan
pembelajaran
a.
Murid tunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja mereka.
b.
Murid merasai dan membuat pemerhatian pada meja masing-masing
c. Murid
berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
|
i. Cuba
kamu rasa permukaan atas, tepi dan bucu meja kamu dengan tapak tangan.
ii. Apa
yang kamu rasa.
iii.
Cuba kamu perhatikan di hadapan. Apa yang kamu lihat.
iv.
Apakah nama bongkah ini
|
2. Imaginasi
Penjanaan idea
( 8 minit )
|
Menyatakan ciri-ciri
bentuk 3D
|
a.
Perkukuhkan kemahiran murid dengan menjalankan aktiviti berikut:
i.
Letakkan sekumpulan bongkah di hadapan kelas dan minta murid
menyatakan ciri-cirinya
ii.
Murid di minta melihat tayangan slide iaitu lagu bongkah dan membuat
sedikit pemerhatian pada ciri-ciri bongkah
iii.
Minta murid melebelkan ciri bongkah 3D pada lembaran kerja
|
i. Murid mendengar arahan guru
ii. Murid menyatakan ciri-ciri bongkah yang ditunjukkan
di hadapan kelas
iii. Murid melihat tayangan slide bongkah
iv. Murid melebelkan ciri-ciri bongkah 3D pada
lembaran kerja
|
i.
Sebutkan ciri-ciri pada bongkah ini.
·
Kubus
·
Kon
·
Silinder
·
Piramid
·
Sfera
·
Kuboid
ii.
Lebelkan ciri-ciri pada bentuk 3D
|
3. Perkembangan
Penambah-baikan
Menilai
( 8 minit )
|
Menganalisis ciri-ciri
bentuk 3D berdasarkan bahan sebenar
|
a.
Agihkan murid mengikut kumpulan
kecil.
b.
Setiap kumpulan diberikan set bongkah 3D.
c.
Minta murid membilang permukaan rata, melengkung, sisi dan bucu bagi
setiap bongkah yang dibekalkan.
|
i. Ketua kumpulan mengambil set 3D di hadapan
ii. Setiap murid menganalisis set bongkah yang
diberi dengan berfokuskan ciri-ciri bongkah seperti permukaan, bucu dan sisi.
iii. Murid menyatakan ciri-ciri bentuk 3D
|
i.
Ketua kumpulan sila datang ke hadapan untuk mengambil set 3D
ii.
Perhatikan setiap set bongkah 3D yang kamu miliki. Perhatikan
permukaan rata, melengkung, sisi dan bucu.
iii. Rekodkan di dalam jadual yang dibekalkan.
|
4. Tindakan
Penutup.
Perlaksanaan
Amalan Berterusan
( 9 minit )
|
Menyenaraikan ciri-ciri
bentuk 3D dengan yakin
|
Edarkan lembaran kerja dan mengarahkan murid
menjawab semua soalan.
b.
Bincang hasil kerja murid
|
i. Murid
menjawab setiap soalan di dalam lembaran kerja diberi
ii. Sesi
perbincangan jawapan.
|
Selesaikan tugasan yang diberi.
|
Pentaksiran
|
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab
soalan pada lembaran kerja, murid dan keupayaan murid mengenal 3D berdasarkan
huraian dengan betul.
|
|||
Nilai dan Sikap
|
Terangkan nilai kerjasama semasa melakukan
aktiviti berkumpulan.
|
LAGU MATEMATIK
Pengajaran & Pembelajaran ICT
Menarik.. Berikan lebih banyak info lagi
BalasPadamTerima kasih aidil.. Insyaallah lebih banyak info yang akan paparkan.
PadamVery nice and really interesting to motivate students to love mathematics. Great job and keep it up...
BalasPadamTq.
PadamAssalamualaikum dan salam perkenalan.Paparan info yang menarik.Teruskan. Join blog saya ye...TK
BalasPadamSalam... Tq kerana sudi berkenalan dan join blog saya. Semoga ianya berterusan.
PadamMEB Shift 7 in the making y'all. Hebat akak!
BalasPadamTq ya Anaz. Semakin bersemangat rasanya nak teruskan bolg ni.
PadamWow, padat dengan info yang memberi manfaat.
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadameLT-Math2 - Perisian Windows untuk latihan asas Matematik Tahun 2. Layari ke http://gesoftcreative.blogspot.com/
BalasPadam