Rabu, 12 Disember 2012

PENGIRAAN ABAKUS


Pengenalan

Penggunaan sistem pengiraan abakus merupakan satu model matematik membolehkan murid menguasai aritmetik mental. Model pengiraan abakus adalah asas kepada perkembangan pengiraan secara mental. Pengiraan metametik konvensional biasanya menggunakan model lisan. Model lisan adalah sesuai bagi sebahagian murid manakala sebahagian murid lain lebih memahami melalui model visual.

Kelebihan  Abakus

1. Penumpuan : 
Semua deria utama digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu ia akan meningkatkan penumpuan murid.

2. Ingatan :
Kedua-dua otak kiri dan kanan aktif apabila menggunakan abakus. Otak kanan mengingati corak dan imej manakala otak kiri mengira secara mental.

3. Gambaran dan Inspirasi :
Pengiraan secara pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.

4. Pemerhatian
Latihan  secara pemerhatian dan membuat latihan tanpa kesilapan.

5. Kepantasan :
Membina kebolehan mengira secara pantas dan pada masa yang sama mengelak kesilapan.

6. Membaca dan Mendengar
Kebolehan membaca secara kuat, memahami dan memproses maklumat untuk menyelesaikan masalah dengan pantas.


Cara Pengiraan Abakus



Jumaat, 7 Disember 2012

KSSR MATEMATIK TAHUN 2


Mukadimah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Elemen kreatif, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran. 

Matlamat
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas mengira, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.


Bidang Pembelajaran
Kandungan matematik dirangkumkan mengikut empat bidang pembelajaran iaitu:
*      Nombor dan Operasi
*      Sukatan dan Geometri
*      Perkaitan dan Algebra
*      Statistik dan kebarangkalian

Nombor & Operasi
Sukatan & Geometri
Perkaitan & Algebra
Statistik & Kebarangkalian
Nombor Bulat
Penambahan
Penolakan
Pendaraban
Pembahagian
Operasi Bergabung
Pecahan
Perpuluhan
Wang
Masa & Waktu
Ukuran panjang
Timbangan
Isipadu Cecair
Bentuk Tiga Dimensi
Bentuk Dua Dimensi
Bagi peringkat KSSR, tiada kandungan secara tajuk yang disenaraika. Ianya lebih berupa unsur secara tidak langsung
Perwakilan Data
Purata
Peratus




Sikap dan Nilai
Penerapan nilai dan sikap dalam kurikulum Matematik bertujuan melahirkan insan berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Nilai dan sikap terbentuk melalui pengalaman pembelajaran yang disediakan guru. Ia melibatkan kepercayaan, minat dan penghargaan, keyakinan, kecekapan dan ketabahan. Pembentukan nilai dan sikap meliputi aspek peribadi, interaksi, prosuderal dan instrinsik.


Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran
Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah digubal dengan memberi penekanan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Ia dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada tajuk-tajuk berdasarkan bilangan pembelajaran.
Standard Kandungan
Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan ) dan efektif ( sikap dan nilai ) yang boleh dicapai oleh murid dalam satu subtopik.
Standard Pembelajaran
Ia tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang diberikan kepada guru menggunakan kreatifiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam matematik. 

 Elemen Nilai Tambah
  Kreatif dan Inovasi.
 Keusahawanan Dalam Matematik
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Penilaian
Penilaian merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dirancang dan berjalan secara berterusan sebagai sebahagian aktiviti bilik darjah. Murid dinilai dalam pelbagai bentuk termasuk kerja lisan, bertulis dan tunjuk cara. Selain itu ia boleh dijalankan dalam bentuk temuduga, soalan terbuka, pemerhatian dan kajian. Keputusan yang diperolehi dapat membantu guru dalam memperbaiki kelemahan dan kemahiran pengajaran guru. Guru juga dapat menlajankan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan keupayaan murid.


SUKATAN DAN GEOMATRI
Dalam matematik kemahiran yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan membina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi arimetk,manipulasi algebra, menggunakan algoritma dan menggunakan alat matematik dan TMK.  Sukatan dan Geometri memerlukan murid berkemahiran dalam pelbagai aspek seperti kemahiran matematik iaitu menggunakan matematik untuk memperlihalkan dunia fizikal. Selain itu  kemahiran membuat kaitan juga diperlukan agar murid dapat mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalam bidang yang berbeza berhubung kait antara satu sama lain. Matematik dilihat dan dipelajari sebagai satu displin ilmu yang menyeluruh serta lebih mudah difahami apa lagi jika dikaitkan dengan pengalaman seharian di dalam dan luar bilik darjah.

Bentuk Tiga Dimensi
Bentuk Tiga Dimensi merupakan salah satu subtopik  yang terdapat dalam bidang Sukatan dan Geometri. Dalam tajuk Bentuk Tiga Dimensi tahun 2 terdapat beberapa kemahiran yang perlu harus diketahui dan dipelajari oleh murid iaitu mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D) dan mengenlpasti bentangan tiga dimensi. 

Contoh :
PELAN PENGAJARAN (RPH) MAKROPENGAJARAN
Tarikh:                                     16.10.2012
Kelas:                                      2 Excellent
Bidang:                                   Sukatan dan Geometri
Tajuk:                                      Ruang
Standard Kandungan:           Murid di bimbing untuk:
                                                13.1  Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)
Standard Pembelajaran:      Murid berupaya untuk:
                                                1.      Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian.
                                                2.      Murid dapat menyatakan nama bentuk-bentuk tiga dimensi.
                                                3.      Murid dapat menyebut dan menyenaraikan ciri-ciri bentuk
         tiga dimensi.
Masa:                                      30 minit
Bilangan Murid:                       26 orang

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

1. Persediaan
Pemerhatian dan analisis
( 5 minit )

Nama bentuk 3D dan jenis permukaan dan sisi
Bacaan Doa memulakan pengajaran dan pembelajaran

a.   Guru arahkan murid  tunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja mereka.

c.   Minta murid berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.


Bacaan Doa memulakan pengajaran dan pembelajaran

a.   Murid tunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja mereka.

b.   Murid merasai dan membuat pemerhatian pada meja masing-masing

c.   Murid berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.

i.   Cuba kamu rasa permukaan atas, tepi dan bucu meja kamu dengan tapak tangan.

ii.   Apa yang kamu rasa.

iii.  Cuba kamu perhatikan di hadapan. Apa yang kamu lihat.

iv.  Apakah nama bongkah ini
2.  Imaginasi

Penjanaan idea
( 8 minit )

Menyatakan ciri-ciri bentuk 3D
a.   Perkukuhkan kemahiran murid dengan menjalankan aktiviti berikut:

i.   Letakkan sekumpulan bongkah di hadapan kelas dan minta murid menyatakan ciri-cirinya

ii.   Murid di minta melihat tayangan slide iaitu lagu bongkah dan membuat sedikit pemerhatian pada ciri-ciri bongkah

iii.  Minta murid melebelkan ciri bongkah 3D pada lembaran kerja





i.  Murid mendengar arahan guru





ii.  Murid menyatakan ciri-ciri bongkah yang ditunjukkan di hadapan kelas


iii.  Murid melihat tayangan slide bongkah


iv.  Murid melebelkan ciri-ciri bongkah 3D pada lembaran kerja
i.   Sebutkan ciri-ciri pada bongkah ini.
·         Kubus
·         Kon
·         Silinder
·         Piramid
·         Sfera
·         Kuboid
ii.   Lebelkan ciri-ciri pada bentuk 3D

3. Perkembangan

Penambah-baikan

Menilai

( 8 minit )
Menganalisis ciri-ciri bentuk 3D berdasarkan bahan sebenar
a.   Agihkan murid  mengikut kumpulan kecil.


b.   Setiap kumpulan diberikan set bongkah 3D.

c.   Minta murid membilang permukaan rata, melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan.
i.   Ketua kumpulan mengambil set 3D di hadapan




ii.   Setiap murid menganalisis set bongkah yang diberi dengan berfokuskan ciri-ciri bongkah seperti permukaan, bucu dan sisi.

iii.  Murid menyatakan ciri-ciri bentuk 3D



i.   Ketua kumpulan sila datang ke hadapan untuk mengambil set 3D

ii.   Perhatikan setiap set bongkah 3D yang kamu miliki. Perhatikan permukaan rata, melengkung, sisi dan bucu.

iii. Rekodkan di dalam jadual yang dibekalkan.

4.  Tindakan
Penutup.
Perlaksanaan

Amalan Berterusan
( 9 minit )
Menyenaraikan ciri-ciri bentuk 3D dengan yakin
Edarkan lembaran kerja dan mengarahkan murid menjawab semua soalan.

b.   Bincang hasil kerja murid
i.  Murid menjawab setiap soalan di dalam lembaran kerja diberi


ii.  Sesi perbincangan jawapan.
Selesaikan tugasan yang diberi.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan pada lembaran kerja, murid dan keupayaan murid mengenal 3D berdasarkan huraian dengan betul.
Nilai dan Sikap
Terangkan nilai kerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan.


LAGU MATEMATIK





GAMBAR (EMK)

Pengajaran & Pembelajaran ICT